PROGRAM USAHAWAN BIJAK MYSHOP

 Tarikh  : 16 March 2019
 Masa  : 2.30 petang - 5.30 petang
 Tempat  : Pusat Internet Felda Bukit Damar                                         
 Bilangan Peserta  : 15 orang

 

TUJUAN

Mendedahkan usahawan menggunakan internet sebagai medium mempromosikan produk. Meningkatkan mengetahuan peserta program berkenaan perniagaan dalam talian dan penggunaan dashboard komuniti. 

AKTIVITI

Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang yang dihadiri oleh 15 orang peserta terdiri daripada usahawan IKS sekitar Bukit Damar. Peserta diberi penerangan berkenaan bidang perniagaan dalam talian dan teknik fotografi produk. Peserta yang membawa produk diberi kesempatan mengambil foto sambil diberi penerangan teknik fotografi supaya produk kelihatan cantik. Selain daripada itu peserta diperkenalkan dengan aplikasi MyShop sebagai salah satu platform untuk berniaga secara atas talian.

GAMBAR DISINI


 

KELAS MS POWERPOINT [ MAKANAN SIHAT ]

 Tarikh  : 17 Februari 2019
 Masa  : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Felda Bukit Damar                                         
 Bilangan Peserta  : 7 orang

 

TUJUAN

Meningkatkan daya kreativiti peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Ms Power Point.

AKTIVITI

Program bermula jam 10.30 pagi yang dihadiri 7 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tahun 4. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian MS Power Point. Peserta diberi tugasan memasukkan gambar dan tulisan bertemakan makanan sihat. Peserta mempelajari fungsi setiap toolbar yang terdapat di MS Power Point seperti toolbar design, format, amination dan sebagainya.

GAMBAR DISINI


 

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

 Tarikh  : 23 Disember 2018
 Masa  : 8.00 pagi - 2.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Felda Bukit Damar                                         
 Bilangan Peserta  : 134 orang

 

TUJUAN

Program 'Jom Sihat Bersama Pusat Internet' adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan melalui perkhidmatan rujukan kesihatan.

AKTIVITI

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran pengunjung, pendaftaran peserta aktiviti dan pendaftaran keahlian Pusat Internet. Program dimulakan dengan acara Larian 1000 Langkah membabitkan 50 orang peserta. Pengunjung yang hadir juga diberi peluang untuk memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing untuk memperluaskan penggunaan aplikasi tersebut dikalangan komuntii setempat.Program diteruskan dengan Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan, Kuiz Bijak Dashboard Komuniti, Kuiz Kahoot Kesihatan, Pemeriksaan Mata dan kuiz cari perkataan kesihatan yang disertai oleh golongan pelajar dan belia. Terdapat juga aktiviti untuk usahawan di mana para usahawan diberi pendedahan penggunaan laman web MyShop di Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dalam talian.

Pada jam 1.00 petang acara kemuncak iaitu majlis penutup berlangsung dengan ucapan penutup dari Encik Ali Bin Katmo, Pengerusi JKKR Felda Bukit Damar. Sesi penyampaian hadiah berlangsung setelah tamat sesi ucapan penutup. Semua wakil agensi yang terlibat diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dan juga pemenang cabutan bertuah. Setelah tamat sesi penyampaian hadiah, sesi jamuan ringan untuk pengunjung dan tetamu kehormat juga disediakan. Program tamat jam 2.00 petang.

GAMBAR DISINI


 

KELAS TUISYEN DAN ASAS MENAIP ( RAPID TYPING )

 Tarikh  : 12 Januari 2019
 Masa  : 9.30 pagi - 5.30 petang
 Tempat  : Pusat Internet Felda Bukit Damar                                         
 Bilangan Peserta  : 19 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan internet dan menguasai kemahiran menaip dengan betul dan cekap.

AKTIVITI

Terdapat 2 sesi kelas yang dijalankan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada sesi pagi adalah untuk pelajar tahun 2 seramai 7 orang bermula pada jam 9.30 pagi manakala untuk sesi petang untuk pelajar tahun 3 seramai 12 orang bermula pada pukul 2.30 petang. Pelajar diberi tunjur ajar tentang kemahiran menaip dengan betul dan cekap secara interaktif dengan menggunakan aplikasi Rapidtyping.

GAMBAR DISINI


 

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA PASCA UPSR

 Tarikh  : 08 November 2018
 Masa  : 9.00 pagi - 1.00 petang
 Tempat  : Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Damar                             
 Bilangan Peserta  : 28 orang

 

TUJUAN

Memberi kesedaran mengenai penggunaan internet secara positif dan menjaga masa berkualiti supaya tidak lalai dengan melayari internet.

AKTIVITI

Seramai 3 orang petugas dari PI Felda Bukit Damar, PI Lakum dan PI Kg. Mempateh bergabung untuk memberi taklimat KDB kepada pelajar lepasan UPSR di Sek Keb Felda Bukit Damar. Peserta berkumpul di Makmal Komputer pada jam 9.00 pagi untuk diberi taklimat KDB. Program tamat pada pukul 1 petang.

Pelajar diberi ceramah & tayangan video untuk memberi pengetahuan mengenai cara menggunakan internet dengan betul. Juga diperkenalkan laman web Sebenarnya.my sebagai langkah bijak sebelum membuat penyebaran sesuatu berita. Selain itu terdapat juga kuiz sebagai aktiviti sampingan.

Dengan adanya penjelasan mengenai klik dengan bijak diharap dapat memdidik peserta berhati-hati ketika melayari internet disamping menasihati peserta supaya dapat menguruskan masa terluang dengan melayari portal-portal pendidikan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

GAMBAR DISINI