PROGRAM BICARA SANTAI USAHAWAN PI BERSAMA KAF
Tarikh | : 09 Oktober 2020 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 12 orang |
TUJUAN
Memberi peluang kepada usahawan memperkenalkan produk masing-masing dan membuka peluang program bantuan yang disediakan oleh pihak PI dan KAF.
AKTIVITI
Program bermula jam 3.00 petang yang dihadiri 12 orang peserta terdiri daripada IKS Felda Bukit Damar & ahli persatuan KAF.Peserta diberi peluang untuk memperkenalkan produk jualan masing-masing kepada pihak pengurusan Felda dan juga KAF. Peserta juga ditawarkan untuk mendaftar perniagaan bersama Felda dan juga Kaf untuk memudahkan urusan bagi pemperkasakan promosi produk usahawan tempatan.
SESI PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KRAFTANGAN MERDEKA 2020
Tarikh | : 04 September 2020 |
Masa | : 2.30 petang - 5.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 20 orang |
TUJUAN
Mengukuhkan Pusat Internet sebagai Pusat Digital Kreatif
AKTIVITI
Pada 04 September yang lalu, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video Kraftangan Merdeka, Pertandingan Poster serta Usahawan Baru Online ( Shoppe ). Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan dihadiri oleh para pemimpin setempat dan para pemenang yang telah dipilih. Pada majlis tersebut, hadiah telah disampaikan oleh Ketua Peneroka Felda Bukit Damar, Encik Ali Bin Katmo serta wakil dari Pengurus Felda Bukit Damar. Majlis bersurai pada pukul 5.00 petang
KELAS ASAS USAHAWAN BARU ONLINE - SHOPEE
Tarikh | : 25 Julai 2020 |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 6 orang |
TUJUAN
Mendedahkan usahawan baru untuk menggunakan platform Shopee sebagai medium untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka secara atas talian.
AKTIVITI
Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari telah dihadiri oleh 6 orang peserta dimana mereka ini terdiri daripada usahawan baru yang ingin memasarkan produk mereka di Shopee. Mereka telebih dahulu diberi penerangan berkaitan dengan platform Shopee dan seterusnya diberi tunjuk ajar oleh petugas cara untuk memasarkan dan menambah produk mereka. Selain itu peserta juga diberi sedikit latihan berkaitan suntingan imej serta mengambil gambar produk mereka untuk dimuatnaik ke platform Shopee.
KELAS POSTER ONLINE SEMPENA PERTANDINGAN POSTER PUSAT INTERNET
Tarikh | : 15 & 22 Ogos 2020 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 12 orang |
TUJUAN
Mendedahkan pelajar mencipta poster menggunakan aplikasi atas talian disamping menyertai pertandingan yang dianjurkan.
AKTIVITI
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi melibat seramai 12 orang peserta iaitu 6 orang peserta untuk setiap sesi. Para peserta diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi atas talian (Postermywall.com) untuk merekacipta poster mereka sendiri. Petugas terlebih dahulu memberi penerangan tentang cara menggunakan aplikasi tersebut. Selepas itu peserta diberi masa untuk mencipta poster mereka sendiri dengan kreativiti mereka sendiri.
KELAS MS POWERPOINT - FANCY TEXT ( TAHUN 4 )
Tarikh | : 08 March 2020 |
Masa | : 3.30 petang - 5.30 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 12 orang |
TUJUAN
Memahirkan pelajar menggunakan perisian Microsoft Power Point.
AKTIVITI
Program bermula jam 3.30 petang yang dihadiri 12 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahun 4. Meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Power Point terutama kemahiran membuat 'slide presentation', menaip dan memasukkan gambar. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Power Point. Peserta perlu menaip nama sendiri dengan menggunakan fungsi 'Word Art'. Peserta perlu memilih jenis, saiz, warna dan 'text effect' bagi setiap huruf mengikut kreativiti masing-masing. Setiap peserta diminta menyimpan hasil tulisan dalam bentuk JPEG. Peserta juga diminta untuk muatnaik hasil tulisan mereka di Dashboard Komuniti untuk tatapan umum.