LITERASI ICT BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK)

 

 Tarikh  : 26 Januari 2022
 Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 15 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif.

AKTIVITI

Dengan kerjasama dari pihak Pusat Literasi Keluarga (PLK) Felda Bukit Damar, PEDi telah berjaya mengadakan kelas ICT bulanan bersama pelajar PLK yang terdiri dari 15 orang pelajar. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi iaitu melibatkan pelajar berumur 3 tahun sehingga 5 tahun.

GAMBAR DISINI


 

 KELAS SUNTINGAN VIDEO DAN YOUTUBE

 

 Tarikh  : 15 Disember 2021
 Masa  : 10.00 pagi - 1.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 3 orang

 

TUJUAN

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan aplikasi suntingan video dan membelajari memuatnaik video di Youtube sebagai salah satu tugasan (assignment) yang perlu disiapkan.

AKTIVITI

Program bermula jam 10.00 pagi yang dihadiri 3 orang pelajar OUM. Mereka mempelajari cara menyunting video dan memuatnaik di laman Youtube.

GAMBAR DISINI


 

 PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN @ PIK

 

 Tarikh  : 20 Oktober 2021
 Masa  : 3.00 petang - 5.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 1 orang

 

TUJUAN

Memberi manfaat dan panduan kepada peserta dalam melayari alam remaja.

AKTIVITI

Peserta terdiri dari remaja berusia 13 tahun - 24 tahun menyertai program Do You Speak English berkonsepkan santai secara dalam talian. Peserta diberi penerangan berkaitan keyakinan berkomunikasi dengan konfiden dalam bahasa inggeris. Pengisian yang sangat bermanfaat untuk membina keyakinan kepada para remaja untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris secara santai.

GAMBAR DISINI


 

 PHOTOSHOOT PRODUK IKS

 

 Tarikh  : 12 November 2021
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari                                                                              
 Tempat  : PEDi Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 4 orang

 

TUJUAN

Membantu usahawan mengambil gambar bersama produk untuk menghasilkan bahan promosi.

AKTIVITI

Program bermula jam 10.00 pagi yang dihadiri 4 orang usahawan tempatan. Peserta mempelajari cara mengambil gambar produk dengan kaedah yang terbaik. Petugas membantu peserta program mempelajari teknik mengambil gambar produk dengan keadah yang betul.

GAMBAR DISINI


 

 

 KELAS KEUSAHAWANAN - MS WORD

 

 Tarikh  : 24 September 2021
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 1 orang

 

TUJUAN

Mendedahkan penggunaan teknologi perkomputeran kepada usahawan dalam mengembangkan perniagaan.

AKTIVITI

Kelas bermula jam 10.00 pagi yang dihadiri seorang peserta. Peserta kelas diberi tunjuk ajar penggunaan MS Word untuk menaip teks. Ia dapat memberi tunjuk ajar kepada usahawanan menggunakan teknologi perkomputeran dalam membantu dalam urusan perniagaan.

GAMBAR DISINI