Intro              c9b9

 

 PENGENALAN

 

Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh. Dikelilingi taman yang menghijau seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah.

Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.

Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005.Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah.Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

 

 SEJARAH HOSPITAL

 

Hospital Mentakab mula beroperasi pada tahun 1920-an iaitu sejak zaman pemerintahan British yang kemudiannya di naik taraf sebagai Hospital Daerah. Pada tahun 1970-an ia dikenali sebagai Hospital Berpakar sebelum di kembangkan menjadi Hospital Mentakab pada tahun 1990-an.

Dengan keluasan tapak 6.4 hektar (16 ekar), Hospital Mentakab mempunyai 15 blok juga merupakan hospital rujuk kepada 6 daerah. Hospital Mentakab berdiri megah di atas bukit sederhana rendah di pinggir jalan dalam menghubungkan Mentakab dan Temerloh yang sejak penubuhannya sekitar tahun 1920-an telah menjadi kebanggaan kira-kira sejuta penduduk sekitar Temerloh dan Mentakab kini mulai sepi dan suram, malah ia terpahat menjadi nostalgia mengasyikkan yang tidak mungkin pupus ditelan zaman.

Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Pada Majlis Perasmian ini juga Hospital Temerloh telah diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS).

 

 PERKHIDMATAN

 

Perkhidmatan rawatan pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, adalah khusus untuk pesakit yang mempunyai temujanji untul rawatan susulan apabila keluar dari wad. Pesakit-pesakit untuk rawatan pakar juga adalah berdasarkan rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan, klinik-klinik swasta setempat dan rujukan dari hospital daerah berhampiran. Selain itu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah juga menangani kes-kes kecemasan (kemalangan) & trauma (keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan dll) di Jabatan Kecemasan & Trauma.

Orang ramai yang tidak mempunyai temujanji atau rujukan, disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan doktor di klinik-klinik berhampiran agar rujukan ke hospital boleh dibuat. Pesakit "walk-in: tanpa temujanji tidak digalakkan. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan dan perubatan pakar. Berikut adalah perkhidmatan kepakaran yang terdapat di HoSHAS, Temerloh :-

  • Perubatan Am
  • Pembedahan Am
  • Orthopedik (Tulang)
  • Obstetrik & Ginekologi (Sakit Puan & Kelahiran)
  • Pediatrik (Kanak-kanak)
  • Anaetesiologi (Bius)
  • Oftalmologi (Mata & Penglihatan)
  • Otorinolaringologi (Telinga, Hidung, Tekak)
  • Bedah Mulut
  • Patologi (Makmal Ujian Perubatan)
  • Kecemasan & Trauma
  • Radiologi (X-Ray & Pengimejan)
  • Psikiatrik (Kesihatan Mental)

 

 

 KADAR BAYARAN

 

Pesakit Awam / Swasta

hoshas1

Warga Asing

hoshas2

 

sumber : hoshas.moh.gov.my