JAWATAN KUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR) FELDA BUKIT DAMAR

 

Jika di kawasan perkampungan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan organisasi yang  menjadi tulang belakang atau penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan. Namun, bagi kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), organisasi yang ditubuhkan ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

JKKR mempunyai fungsi tugas kerja yang sama dengan JKKK. Melalui JKKR, segala masalah yang dihadapi oleh para peneroka dapat disalurkan kepada pihak FELDA mengikut prosedur yang telah ditetapkan. JKKR Felda Bukit Damar turut berperanan dalam memupuk sifat perpaduan antara masyarakat di sini, dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama serta berusaha untuk meningkatkan ekonomi para peneroka.

Antara aktiviti yang sering dijalankan setiap bulan ialah gotong-royong  membersihkan dan mencantikkan kawasan tanah rancangan dan rumah-rumah peneroka. Selain itu, JKKR juga turut mengendalikan ceramah-ceramah berkaitan keagamaan, kesihatan, ekonomi dan pelaburan untuk menambahkan pengetahuan masyarakat dalam bidang-bidang tersebut. Majlis tahlil, kenduri doa selamat dan bacaan Yasin turut diadakan pada setiap malam Jumaat secara bergilir-gilir di surau ataupun di rumah-rumah penduduk.

 

 CARTA ORGANISASI JKKR FELDA BUKIT DAMAR

 

download

CARTA ORGANISASI

JKKR FELDA BUKIT DAMAR

 

 Pengerusi :  Encik Mohd Amre Bin Mahat  
 Timbalan Pengerusi :  Encik Mushaddin Bin Ali
 Bendahari :  Encik Mohammad Taib Bin Sani
 Setiausaha :  Encik Mohd Norhaisyam Bin Abd Syukor
 SDA (W) :  Puan Nor Rolzihan Binti Jusoh
 Penyelia FELDA :  Encik Nor Azmin Bin Ab Samad
 GPW :  Puan Hajah Rokiah Binti Baba
 Belia :  Encik Mohd Khairul Hafizi Bin Abas

 

                              SENARAI KETUA-KETUA BLOK

 Blok 1 :  Encik Nordin Bin Ahmad
 Blok 2 :  Encik Jainal Bin Hussin
 Blok 3 :  Encik Afzanizam Bin Ismail
 Blok 4 :  Encik Abu Hurairah Bin Bakar
 Blok 5 :  Encik Mohammad Taib Bin Sani                          
 Blok 6 :  Encik Mushaddin Bin Ali
 Blok 7 :                              Encik Md Yasin Bin Abd Rashid
 Blok 8 :  Encik Ismail Bin Nordin
 Blok 9 :  Encik Abd Wahab Bin Kadir
 Blok 10 :  Encik Md Bin Md Saat
 Blok 11 :  Encik Ahmad Bin Bahari
 Blok 12 :  Encik Mokhtar Bin Haji Othman
 Blok 13 :  Encik Norhaisyam Bin Abd Syukor
 Blok 14 :  Encik Abd Halim Bin Shamsuri
 Blok 15 :  Encik Abu Bakar Bin Man
 Blok 16 :  Encik Abdul Aziz Bin Bidin
 Blok 17 :  Encik Azizan Bin Hamid
 Blok 18 :  Encik Mat Nor Bin Ramly
 Blok 19 :  Encik Baharudin Bin Majid
 Blok 20 :  Encik Haron Bin Hussin
 Blok 21 :  Encik Kamarudin Bin Basri