Bersatu Hatilah kita, Bermuafakat dan Bekerjasama..Doakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
RELA FELDA BUKIT DAMAR |
Keselamatan kawasan Felda amat dititikberatkan, pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan komuniti adalah RELA. Dengan adanya RELA, ia sekaligus dapat membantu pihak polis menangani kes-kes jenayah seperti pecah rumah yang sering berlaku terutama di kawasan Felda. Dengan mengadakan sekatan di pintu masuk utama dan mengadakan rondaan di sekitar kawasan rumah penduduk, kes-kes seperti itu dapat dielakkan daripada terus berleluasa. RELA diketuai oleh Encik Shari Bin Mad Rawi. Seramai 50 orang yang bertugas menjaga kawasan Felda. Operasi keselamatan bermula pada jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 5.00 pagi.
PONDOK RELA FELDA BUKIT DAMAR |