SHAARI BIN SALLEH ( PEMILIK JAIHAN ENTERPRISE )


ss3

Encik Shaari Bin Salleh, 41 tahun merupakan pemilik Jaihan Enterprise memulakan perniagaan kedai runcit pada awal tahun 2005. Selain menjual barangan runcit, Jaihan Enterprise juga merupakan agen BSN dan pengedar simkad Tune Talk Tone Excel. Beliau merupakan seorang usahawan yang tidak mudah berputus asa walaupun kadangkala produk perniagaan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun kerugian bukanlah pematah semangat beliau untuk terus bergiat dalam bidang perniagaan. Beliau mengambil langkah bijak dengan mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar untuk menambah pengetahuan berkaitan ICT.

Oleh kerana sukar untuk mempromosikan simkad Tune Talk Tone Excel dan agen BSN, beliau membuka akaun Facebook atas nama Kedai Runcit Jaihan Enterprise untuk memperkenalkan produk perniagaan. Segala info terkini berkenaan simkad dan produk terbaru sebagai agen BSN dapat dikemaskini di Facebook. Beliau kini tidak lagi perlu membazir dengan mengedarkan risalah ke serata tempat untuk memberitahu info terkini.

ss1     ss2

Jikalau dahulu beliau hanya menjadi pengedar di sekitar kawasan mukim Lanchang, kini beliau telah menjadi pengedar di daerah Temerloh dan Bentong serta sekitar wilayah Jengka.Atas usaha beliau yang berterusan, Jaihan Enterprise telah mendapat penghargaan daripada pihak EB BSN Pahang dengan dianugerahkan sebagai agen pembukaan akaun & jualan SSP terbanyak bagi bulan Okt 2015.

ss4     ss5

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : https://www.facebook.com/Kedai-Runcit-Jaihan-Enterprise-101341689966823/

 

 PUAN SITI ASMAK ( PEMILIK BUNGA EMAS RESOURCES )


PA1

Pn. Asmak, 31 tahun merupakan salah sorang usahawan muda yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan pemprosesan ayam segar. Belaiu adalah pemilik kepada syarikat Bunga Emas Resources yang bernombor pendaftaran CT0022607-M. Beliau merupakan anak generasi peneroka di Felda Bukit Damar yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan golongan belia. Beliau juga merupakan salah seorang ahli di dalam persatuan Amanah Ikhtiar di mana badan ini membantu usahawan desa dari segi pemberian Pembiayaan Ikhtiar terhadap golongan masyarakat terpilih untuk menambah pendapatan sampingan.

PA3     PA2

Beliau dan suami telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2010 di mana pada mulanya beliau hanya mengusahakan kedai runcit iaitu menjual barang-barang dapur, makanan basah (ikan, ayam) dan juga sayuran. Disebabkan permintaan ayam segar yang semakin meningkat dari penduduk setempat dan pembiayaan dari badan Amanah Ikhtiar, beliau dan suami mula mengembangkan perniagaan dengan memproses dan menjual ayam segar sejak 3 tahun yang lalu. Bekalan ayam diperoleh dari pengedar setiap bulan dan diproses oleh suami Pn. Asmak sebelum dijual kepada pelanggan. Selain dari menjual di kedai runcit, beliau dan juga suami akan ke pasar malam dan pekan sehari terdekat untuk mamasarkan ayam segar di seluruh kawasan Lanchang.