DATO' BAHAMAN PAHLAWAN SEMANTAN

 

1 

 

Nama sebenar Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh
Orang besar yang menentang penjajah british di semantan.
Berasal dari Bangkinag, Kampar Sumatera
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal
Diberi gelaran 'Seman Tahan'.
Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali

 

 SEJARAH PERJUANGAN DATO' BAHAMAN

 

Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta meminpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang saudara di Klang, Selangor.

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan Pangkat Tersebut, kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding dengan baginda Sultan Ahmad. Punca Utama perang semantan adalah ketidakpuasan hati orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.

Ketegangan ini bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Resident British Pahang, mengahtaui hal tersebut , Beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara ini dapat disiasat.

Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang herdap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborought datang untuk menangkapnya.

Dalam serangan tiba-tiba itu, Pihak Desborought telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh. Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, Pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

 

 

 FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN

 

Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato' Bahaman menentang sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret pemungut hasil di Daerah Temerloh, Pahang. Dato' Bahaman juga dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu Temerloh

Pembinaan Balai Polis

Selain itu, Pegawai British itu juga mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin serius dan berlaku banyak perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato' Bahaman juga menganggap tindakan British agak tidak kurang ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukan beliau agak terancam.

Perlucutan Jawatan

Pihak British memaksa Sultan Ahmad untuk melucutkan gelaran 'Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan'. Hugh Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan Dato' Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan tetapi kenyataan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah kerana Dato' Bahaman enggan mematuhi arahan British. Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British dari Pahang.

Sumber : Wikipedia.org

 

 ASAL USUL DAERAH TEMERLOH

 

rumahrakit sejarah2

 

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, dan terletak berhampiran dengan sungai yang dikenali sebagai Sungai Pahang.Di sini diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat Melayu dahulu kala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, di mana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1889.Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam Daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubungan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang Asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, " Ramah-tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.

 

 

 11  sejarah

 

Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang Asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang Asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang Asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di Pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat, maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Hal ini dapat dijelaskan melalui situasi di mana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya, iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu, cuma anak perempuan tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang Asli ialah "mereloh". Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat "mereloh". Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang Asli itu tidur dengan "mereloh". Tetapi, oleh kerana perkataan "mereloh" itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diIslamkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama Islam di Pahang Tengah.Sehubungan itu, pada 1 Julai 1889, J.P Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu Daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Hal ini bermakna, tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu, bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka pada tahun 1898.

 

Sumber : Wikipedia.org

 ASAL USUL NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

 

 

          

Pada zaman dahulu, Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225, Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-Fo-Chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada sesetengah pendapat menyatakan nama Pahang berasal dari bahasa Siam Asli ertinya timah. Orang Siam Asli dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutamanya di Sungai Lembing.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai tersebut. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang iaitu Pekan dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Kuala Lipis. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Sumber : Wikipedia.org