TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA

 

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung merupakan tempat tarikan terbaru di negeri Pahang. Seperti yang kita sedia maklum Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Bandar Ikan Patin. Namun kini Temerloh telah mempunyai satu lagi gelaran baru iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS).

Monumen Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang. Kawasan monumen ini mempunyai keluasan yang agak luas serta mempunyai landskap yang menarik. KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat serta Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019. Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER).

sumber : Pelancongan Negeri Pahang


 

4     3

Kubang Gajah Waterpark merupakan sebuah kawasan rekreasi bagi penduduk di kawasan Temerloh, Pahang. Ia merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan anak-anak. Kawasan yang strategik menjadi tunjang utama menarik pengunjung untuk datang ke Kubang Gajah Waterpark. Ini kerana kawasan ini berhampiran dengan bandar Temerloh yang memudahkan pengunjung membeli-belah. Selain itu, kawasan ini juga berhampiran dengan taman permainan yang berdekatan tasik yang mana pengunjung dapat menghirup udara segar sambil beriadah.

 

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 hari seminggu)
Jam : 9.00 pg- 7.30 mlm.
 
Harga Tiket:
Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 8.00
OKU & Warga Emas : RM 5.00
Penjaga : RM 1.00
 

2     1

sumber : klustertemerloh.blogspot.com

 PEKAN SEHARI TEMERLOH - TERTUA DAN TERPANJANG DI MALAYSIA

 

6817054412 954280e88a b

INFO LOKASI :

Persisir Jalan Lurah Semantan, Temerloh Berhampiran Sungai Pahang

WAKTU : Setiap Hari Ahad dari jam 6.30 pagi hingga 2.00 petang

 

Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.

DSC 0624     6275355099 d9460b7222 b

Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung. Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad.

6275892124 9a10df02b1 b     71463191745 IkanPatin

 Sumber : klustertemerloh.blogspot.my