TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA |
Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung merupakan tempat tarikan terbaru di negeri Pahang. Seperti yang kita sedia maklum Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Bandar Ikan Patin. Namun kini Temerloh telah mempunyai satu lagi gelaran baru iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS).
http://feldabukitdamar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/293-titik-tengah-semenanjung#sigFreeId4df1140dab
Monumen Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang. Kawasan monumen ini mempunyai keluasan yang agak luas serta mempunyai landskap yang menarik. KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat serta Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019. Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER).
http://feldabukitdamar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/293-titik-tengah-semenanjung#sigFreeId546802ea10
sumber : Pelancongan Negeri Pahang
- Seterusnya
- Seterusnya >>