KELAS PHOTOSHOOTING PRODUK USAHAWAN PIK

 

 Tarikh  : 24 March 2021
 Masa  : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 6 orang

 

TUJUAN

Pempelajari teknik mengambil gambar produk untuk tujuan perniagaan dalam talian.

AKTIVITI

Program bermula jam 9.00 pagi yang dihadiri 6 orang peserta usahawan tempatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan aplikasi Shopee sebagai salah satu medium perniagaan dalam talian. Peserta diberi tunjuk ajar cara mengambil gambar produk jualan dan menyuting gambar tersebut untuk diletakkan di dalam aplikasi Shopee.Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Mobile E-waste sebagai ilmu tambahan.

GAMBAR DISINI


 

 KELAS KEUSAHAWAN - MS WORD

 

 Tarikh  : 05 Februari 2021
 Masa  : 3.00 petang - 6.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 1 orang

 

TUJUAN

Mendedahkan penggunaan teknologi perkomputeran kepada usahawan dalam mengembangkan perniagaan.

AKTIVITI

Kelas bermula jam 3.00 petang yang dihadiri seorang peserta. Peserta kelas diberi tunjuk ajar penggunaan MS Word untuk menaip teks. Melalui kelas ini ia dapat memberi tunjuk ajar kepada usahwanan menggunakan teknologi perkomputeran dalam membantu dalam urusan perniagaan.

GAMBAR


 

KELAS MICROSOFT WORD

 Tarikh  : 19 Disember 2020
 Masa  : 3.30 petang - 5.30 petang
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 6 orang

 

TUJUAN

Memahirkan pelajar menggunakan perisian Microsoft Word

AKTIVITI

Program bermula jam 3.30 petang yang dihadiri 6 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahun 4. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Word terutama kemahiran menaip, penggunaan 'font' dan memasukkan gambar. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Word. Peserta perlu menaip berdasarkan modul yang telah diberikan. Peserta juga perlu menjawab soalan yang diberikan supaya lebih mahir menggunakan perisian komputer.

GAMBAR DISINI


 

  KELAS PORTAL KPM - KEMASKINI MAKLUMAT MURID

 

 Tarikh  : 21 Januari 2021
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 5 orang

 

TUJUAN

Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada ibubapa mengemaskini maklumat anak dalam sistem pendaftaran pelajar di portal KPM.

AKTIVITI

Kelas bermula jam 10.00 pagi yang dihadiri 5 orang peserta terdiri daripada ibubapa pelajar. Peserta kelas diberi tunjuk ajar cara untuk mengakses masukk ke dalam sistem KPM dan mengemaskini setiap maklumat anak yang terdapat di dalam sistem tersebut.

GAMBAR


 

PROGRAM USAHAWAN SHOPEE BERSAMA FELDA

 Tarikh  : 05 November 2020
 Masa  : 9.00 pagi - 1.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar                                                   
 Bilangan Peserta  : 8 orang

 

TUJUAN

Memahirkan usahawan menggunakan aplikasi Shopee dalam perniagaan online.

AKTIVITI

Program bermula jam 9.00 pagi yang dihadiri 8 orang peserta terdiri daripada usahawan tempatan. Usahawan Shopee bersama Felda melibatkan 8 orang peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan Felda Bukit Damar. Program adalah usahasama antara pihak Pusat Internet dan KAF (Kami Anak Felda) untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi Shopee dalam perniagaan dalam talian. Modul yang diajar sepanjang kursus adalah pengenalan kepada aplikasi Shopee, pembukaan akaun Shopee (kedai online), strategi pemasaran dan pengurusan pemprosesan penjualan. Peserta juga diberi peluang mempelajari teknik mengambil gambar produk supaya bersesuaian dipasarkan di platform shopee. Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Mobile E-waste sebagai ilmu tambahan.

GAMBAR DISINI