KELAS LITERASI ICT ( POSTER RAYA HAJI ) & KUIZ ONLINE ( KAHOOT )
Tarikh | : 09 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 11 orang |
TUJUAN
Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif serta memperkenalkan penggunaan perisian MS Powerpoint untuk mencipta poster.
AKTIVITI
Dengan kerjasama dari pihak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Kg. Chempaka, PI1M telah berjaya membuat kelas Literasi ICT dengan menggunakan perisian MS Powerpoint. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi iaitu melibatkan 10 orang pelajar sekolah tahun 2. Kelas bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pg yang terdiri dari 10 orang pelajar tahun 2 SRITI. Pelajar di temani oleh 2 orang guru pengiring untuk membantu petugas PI sepanjang program berlangsung. Pelajar diberi pendedahan penggunaan perisian MS Powerpoint untuk mencipta poster sempena Hari Raya Haji yang kreatif.
KELAS MICROSOFT POWERPOINT TAHUN 3
Tarikh | : 20 Julai 2019 |
Masa | : 4.30 petang - 5.30 ptg |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 6 orang |
TUJUAN
Memahirkan pelajar menggunakan perisian Microsoft Power Point serta meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Power Point terutama kemahiran membuat 'slide presentation', menaip dan memasukkan gambar.
AKTIVITI
Program bermula jam 4.30 petang yang dihadiri 6 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahun 3. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Power Point. Peserta diberi tugasan menulis semula artikel yang telah disediakan mengikut format yang telah ditetapkan seperti saiz tulisan dan jenis tulisan. Peserta juga mempelajari fungsi setiap toolbar yang terdapat di Microsoft Power Point seperti menambah 'slide', memasukkan gambar, 'smart art' dan sebagainya.
KELAS ASAS ICT BERSAMA PELAJAR PDK DAMARIA
Tarikh | : 16 Mei 2019 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 10 orang |
TUJUAN
Mendedahkan penggunaan teknologi komputer kepada pelajar OKU.
AKTIVITI
Program bermula jam 10.30 pagi yang dihadiri 10 orang peserta terdiri daripada pelajar Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK Damaria). Pelajar diberi taklimat pengenalan asas komputer iaitu nama dan fungsi setiap bahagian komputer. Pelajar juga diberi pendedahan menggunakan aplikasi pembelajaran iaitu mewarna secara online dan menyusun gambar (jigsaw puzzle) menggunakan perisian yang disediakan di Pusat Internet. Hal ini bagi memahirkan pelajar menggunakan tetikus dan bahagian – bahagian lain komputer.
KELAS MS WORD PELAJAR SEKOLAH RENDAH
Tarikh | : 15 & 16 Jun 2019 |
Masa | : 10.30 pagi - 4.30 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 30 orang |
TUJUAN
Meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Word terutama kemahiran menaip.
AKTIVITI
Program selama 2 hari ini iaitu pada 15 & 16 Jun 2019 bermula jam 10.30 pagi yang dihadiri 30 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahun 2 hingga tahun 5. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Word. Peserta diberi tugasan menulis semula artikel yang telah disediakan mengikut format yang telah ditetapkan seperti saiz tulisan dan jenis tulisan. Peserta juga mempelajari fungsi setiap toolbar yang terdapat di Microsoft Word.
LATIHAN KEUSAHAWANAN - MEMBUAT KAD PERNIAGAAN
Tarikh | : 18 April 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 4 orang |
TUJUAN
Mempelajari perisian MS Publisher untuk membuat penerbitan perniagaan seperti label produk dan juga kad jemputan.
AKTIVITI
Latihan diadakan selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Latihan melibatkan 4 orang peserta yang terdiri dari usahawan tempatan. Peserta diperkenalkan dengan perisian MS Publisher yang mana dapat membantu peserta latihan membuat pelbagai urusan penerbitan perniagaan. Sebagai pengenalan peserta diberi pengenalan berkenaan perisian MS Publisher dan fungsi-fungsi pada setiap tab menu yang disediakan. Kemudian peserta diberi latihan seperti membuat kad perniagaan dan juga kad jemputan. Peserta diberi kebebasan mencipta kad mengikut kreativiti masing-masing.