KELAS TUISYEN & LATIHAN ICT TAHUN 3 (RAPID TYPING)
Tarikh | : 11 Januari 2020 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 5 orang |
TUJUAN
Mempelajari penggunaan internet dan menguasai kemahiran menaip dengan betul dan cekap.
AKTIVITI
Program bermula jam 10.30 pagi yang dihadiri 5 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tahun 3. Pelajar diberi tunjur ajar tentang kemahiran menaip dengan betul dan cekap secara interaktif dengan menggunakan aplikasi Rapidtyping.
PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN 2019
Tarikh | : 21 Disember 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 117 orang |
TUJUAN
Bertujuan untuk merapatkan pi dengan komuniti setempat disamping ingin memperkenalkan pi sebagai tempat rujukan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan khususnya kepada golongan belia dan warga emas.
AKTIVITI
Program bermula jam 8.00 pagi dan diakhiri jam 1.00 petang. Pengujung terdiri daripada penduduk sekitar Felda Bukit Damar merangkumi golongan kanak-kanak hingga ke warga emas.Program dimulakan dengan aktiviti 'Fun Walk' bertemakan kain sarung. Peserta perlu berjalan lebih kurang 5 KM mengelilingi Felda Bukit Damar dimana peserta terdiri dari kanak-kanak hingga ke warga emas, Terdapat juga pertandingan berasaskan ICT seperti Usahawan Bijak Myshop, pertandingan artikel kesihatan (mykomuniti), kuiz online (quizziz), kuiz carian perkataan online dan download aplikasi dashboard komuniti. Pemeriksaan kesihatan juga diadakan oleh petugas PI seperti pemeriksaan tekanan darah & kecing manis. Pameran kesihatan juga diadakan dari Klinik Pergigian Mentakab. Terdapat juga ceramah kesihatan dari Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lanchang, Dr. Iqbal yang menyampaikan ceramah berkaitan penyakit TIBI. Sesi perasmian disampaikan oleh wakil JKKR Tuan Haji Harun dan sesi penyampaian hadiah diadakan jam 12.30 tengahri. Majlis bersurai pada jam 1.00 petang yang diakhiri dengan jamuan makan kepada pengunjung dan tetamu khas.
Disamping itu juga aktiviti sukaneka untuk semua peringkat umur juga diadakan seperti tiup belon tanpa pecah, saying belon, jalan ikat kaki, isi air dalam botol dan cari gula-gula dalam tepung. Selain itu, diadakan juga pertandingan menu sihat (bento kreatif), pertandingan 'bayblade' dan mini futsal bawah 15 tahun anjuran bersama persatuan KAF dan MBFM Felda Bukit Damar. Terdapat juga aktiviti jualan dari usahawan tempatan seperti makanan, produk sejuk beku, kosmetik dan kraftangan.
HARI BERSAMA KOMUNITI ( HBK ) 2019
Tarikh | : 11 Oktober 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 151 orang |
TUJUAN
Program bertujuan merapatkan agensi dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan memperkenalkan penggunaan dashboard komuniti sebagai medium sosial terkini di kalangan penduduk sekitar.
AKTIVITI
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran pengunjung, pendaftaran peserta aktiviti dan pendaftaran keahlian Pusat Internet. Program dimulakan dengan taklimat ringkas perkhidmatan terkini yang disediakan di PI, taklimat Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti. Pengunjung yang hadir juga diberi peluang untuk memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing untuk memperluaskan penggunaan aplikasi tersebut dikalangan komuntii setempat. Program diteruskan dengan Usahawan Bijak MyShop, pertandingan menaip pantas, Kuiz Silang Kata Online, Kuiz Quiziz KDB serta pertandingan Artikel Kreatif (MyKomuniti) yang disertai oleh golongan pelajar dan belia.
Selain dari itu terdapat juga aktiviti sampingan seperti pertandingan masakan berasaskan tempoyak, pertandingan mewarna dan sukaneka bagi golongan kanak-kanak, belia dan warga emas. Terdapat juga pameran dari agensi-agensi yang terlibat seperti Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, JKM, PTPTN, AADK, Ar-Rahnu, Perpustakaan Awam Lanchang serta Kedai Cermin Mata Your Optical.
Pada jam 12.00 tengahari acara kemuncak iaitu majlis penutup berlangsung dengan ucapan penutup dari Encik Khairudin Bin Ismail, wakil Pengurus Rancangan Felda Bukit Damar. Sesi penyampaian hadiah berlangsung setelah tamat sesi ucapan penutup. Semua wakil agensi yang terlibat diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dan juga pemenang cabutan bertuah. Setelah tamat sesi penyampaian hadiah, sesi jamuan ringan untuk pengunjung dan tetamu kehormat juga disediakan. Program tamat jam 12.30 tengahari.
LITERASI ICT PDK DAMARIA - MS POWERPOINT
Tarikh | : 20 November 2019 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 10 orang |
TUJUAN
Mendedahkan penggunaan teknologi komputer kepada pelajar OKU.
AKTIVITI
Program bermula jam 10.30 pagi yang dihadiri 10 orang peserta terdiri daripada pelajar Pusat Pemulihana dalam Komuniti (PDK Damaria). Pelajar diberi penerangan menggunakan perisian MS Power Point untuk membuat pembentangan berkenaan jenis perayaan yang disambut di Malaysia. Pelajar diberi tunjuk ajar menaip tajuk dan memasukkan gambar-gambar bertemakan perayaan di Malaysia yang diambil di internet.
RIANG RIA BERSAMA TUPPERWARE DAN MYHEALTH
Tarikh | : 14 September 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 20 orang |
TUJUAN
Mendedahkan usahawan menggunakan internet sebagai medium mempromosikan produk serta menjalankan pemeriksaan kesihatan.
AKTIVITI
Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang yang dihadiri oleh 20 orang peserta terdiri daripada komuniti dan usahawan IKS sekitar Bukit Damar. Program ini juga dapat meningkatkan mengetahuan peserta program berkenaan perniagaan dalam talian dan penggunaan dashboard komuniti seperti MyShop serta MyHealth. Peserta diberi penerangan berkenaan bidang perniagaan dalam talian. Peserta juga diperkenalkan dengan aplikasi MyShop sebagai salah satu platform untuk berniaga secara atas talian. Disamping itu juga peserta diberi taklimat ringkas KDB dan pemeriksaan kesihatan MyHealth.