LITERASI ICT BERSAMA PELAJAR SRITI TAHUN 1
Tarikh | : 04 Mei 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 22 orang |
TUJUAN
Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif.
AKTIVITI
Kelas bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pg yang terdiri dari 22 orang pelajar tahun 1 SRITI. Pelajar di temani oleh 2 orang guru pengiring untuk membantu petugas PI1M sepanjang program berlangsung. Pelajar diberi pendedahan penggunaan perisian Ms Power Point sebagai latihan menaip. Setelah selesai, pelajar diberi peluang membentangkan hasil kerja di hadapan rakan-rakan yang lain.
LIGA SUKAN & DASHBOARD KOMUNITI FELDA BUKIT DAMAR
Tarikh | : 14 April 2018 |
Masa | : 8.30 pagi - 2.00 petang |
Tempat | : Padang Awam Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 150 orang |
TUJUAN
Memperkenalkan kemudahan terkini PI1M dan penggunaan aplikasi dashboard serta mengeratkan sillaturrahim antara petugas PI1M dan penduduk sekitar.
AKTIVITI
Program bermula jam 8.30 pagi di mana pengunjung boleh mendaftar di kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh skuad PI1M. Di kaunter pendaftaran juga diadakan promosi keahlian baru PI1M bagi pengunjung yang belum menjadi ahli. Aktiviti utama dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan pembuka acara oleh pengerusi majlis. Program diteruskan dengan acara sukan di padang dan juga sukaneka. Dalam masa yang sama, khemah pameran PI1M juga menjalankan aktivit seperti muatturun aplikasi Dashboard Komuniti (DK), pertandingan MyKomuniti, kuiz susun huruf, kuiz carian perkataan, mewarna Klik Dengan Bijak dan sebagainya bagi menarik lebih ramai pengunjung. Pada jam 10 pagi, program dihentikan seketika untuk mendengar ucapan dan majlis perasmian yang dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Hj. Mohamad Sharkar Bin Hj. Mohamad Shamsudin selaku exco dan Adun Lanchang. Kemudian, program diteruskan sehinggan jam 1.00 petang dengan sesi menyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada semua pengunjung yang hadir. Program tamat jam 2.00 petang.
PROGRAM BACAAN YAASIN & MYHEALTH
Tarikh | : 13 Februari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 30 orang |
TUJUAN
Penyerahan hadiah Dashboard Komuniti (MyHealth) disamping memperkenalkan kemudahan terkini PI1M dan penggunaan aplikasi dashboard serta mengeratkan sillaturrahim antara petugas PI1M dan penduduk sekitar.
AKTIVITI
Program bermula jam 3.00 petang di mana pengunjung boleh mendaftar di kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh petugas PI1M. Di kaunter pendaftaran juga diadakan promosi keahlian baru PI1M bagi pengunjung yang belum menjadi ahli. Aktiviti utama dimulakan pada jam 3.15 petang dengan ucapan pembuka acara oleh petugas PI1M. Seterusnya adalah sesi bacaan yasin dan doa selamat. Setelah selesai, sesi taklimat dashboard dan penyerahan hadiah Dashboard MyHealth & MyPlace dilaksanakan oleh petugas PI1M kepada 15 orang pemenang. Jam 5.00 petang program disudahi dengan sesi jamuan ringan. Dalam masa yang sama juga, berlangsung juga sesi pemeriksaan kesihatan (MyHealth) oleh petugas PI1M.
KELAS USAHAWAN DASHBOARD [MYSHOP]
Tarikh | : 23 March 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 7 orang |
TUJUAN
Membuat bengkel mengambil gambar produk dan memperkenalkan portal Dashboard Komuniti (Myshop) kepada komuniti setempat terutama usahawan tempatan. 7 orang usahawan tempatan telah mengikuti kelas ini.
AKTIVITI
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Seterusnya, peserta diberi taklimat pengenalan Dashboard Komuniti (MyShop). Peserta juga diberi pendedahan teknik mengambil gambar produk supaya kelihatan lebih menarik apabila dimuatnaik di dalam internet. Jam 10.30 pagi peserta berehat sebentar menikmati minum pagi. Disamping itu, petugas PI1M membuat pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang hadir menggunakan alatan i-Health yang dibekalkan. Setelah selesai minum pagi, sesi yang ke 2 diteruskan dengan sesi penerangan cara penggunaan modul-modul yang disediakan di dashboard tersebut terutama modul Myshop dimana modul ini disediakan kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara atas talian. Disamping itu juga peserta di diajar dan digalakkan untuk memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing untuk memudahkan pemantauan produk mereka diaplikasi tersebut.
LATIHAN KEUSAWANAN [MICROSOFT WORD]
Tarikh | : 10 Januari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 4 orang |
TUJUAN
Mempelajari penggunaan komputer secara komprehensif.
AKTIVITI
Kelas Latihan keusahawanan bermula dengan pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diperkenalkan dengan fungsi bahagian-bahagian komputer dan kaedah penggunaannya. Seterusnya peserta latihan mempelajari kaedah asas untuk menaip menggunakan perisian Ms Word. Peserta diberi modul latihan Ms Word berasaskan latihan keusahawanan supaya lebih dekat dengan penggunaan harian mereka.