SCHOOL HOLIDAY @ PI1M
Tarikh | : 20 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 40 orang |
TUJUAN
Program diadakan selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tghri. Program diadakan di PI1M Felda Bukit Damar. Dengan adanya program ini diharap pelajar sekolah dapat menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah serta memberi pendedahan penggunaan ICT di kalangan pelajar sekolah rendah disamping mengeratkan silaturrahim antara petugas PI1M dan penjaga pelajar.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang hadir dan dibuka kaunter perdaftaran ahli baru PI1M. Acara pertandingan dimulakan dengan aktiviti mewarna bersama keluarga di mana menggunakan aplikasi 3D Quiver Vision untuk menghasilkan kertas warna beranimasi. Selain itu terdapat juga pertandingan menaip pantas, susun suai gambar secara atas talian, carian perkataan dan kuiz dashboard. Acara tamat pada pukul 12.00 tengahari dengan di akhiri sesi penyampaian hadiah.
LITERASI ICT (MS POWERPOINT) & KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh | : 07 November 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Sek Keb LKTP Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 35 orang |
TUJUAN
Seramai 3 orang petugas dari PI1M Felda Bukit Damar, PI1M Lakum & Pi1M Mempateh bergabung untuk melaksanakan program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Keb Bukit Damar, Lanchang Pahang. Peserta berkumpul di Makmal Komputer seawal jam 9.00 pagi untuk diberi taklimat KDB dan sesi pembelajaran ICT. Program tamat pada pukul 1.00 petang.
AKTIVITI
Pelajar diberi ceramah & tayangan video untuk memberi pengetahuan mengenai cara menggunakan internet dengan betul. Peserta juga diberi penjelasan mengenai menguruskan masa terluang dengan melayari portal-portal pendidikan di internet. Pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membuat rumusan daripada video-video tips penggunaan internet dengan bijak menggunakan perisian MS Power Point. Selepas waktu rehat, pelajar diberi tugasan untuk membentangkan hasil rumusan video di hadapan rakan-rakan yang lain supaya pelajar akan lebih memahami konsep Klik Dengan Bijak. Selain itu terdapat juga kuiz ict sebagai aktiviti sampingan.
HARI DASHBOARD KOMUNITI (SESI 2)
Tarikh | : 10 September 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 68 orang |
TUJUAN
Program diadakan selama 4 jam 30 minit bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini diadakan bagi memberi maklumat terkini berkenaan kemudahan yang disediakan di PI1M dan juga memperkasakan penggunaan aplikasi dashboard Komuniti (DK). Terdapat juga bengkel penggunaan Dashboard Komuniti dan pelbagai pertandingan berunsurkan penggunaan ICT. Diadakan juga bacaan yasin oleh persatuan GPW Felda Bukit Damar sebagai aktiviti sampingan.
AKTIVITI
Program bermula jam 8.30 pagi di mana pengunjung boleh mendaftar di kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh skuad PI1M. Di kaunter pendaftaran juga diadakan promosi keahlian baru PI1M bagi pengunjung yang belum menjadi ahli. Aktiviti utama dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan pembuka acara oleh petugas PI1M. Seterusnya adalah sesi taklimat dashboard dan demo penggunaan DK yang dibentangkan oleh petugas PI1M. Sepanjang taklimat berlangsung pengunjung juga digalakkan untuk memuatturun aplikasi DK di telefon pintar masing-masing supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang penggunaanya. Bagi menggalakkan pengunjung memuatturun aplikasi, skuad PI1M akan memberi hadiah cenderahati kepada setiap pengunjung yang memuaturun aplikasi. Agenda diteruskan dengan bacaan yasin oleh persatuan GPW Felda Bukit Damar sebagai aktiviti sampingan.
PROGRAM USAHAWAN ONLINE (MYSHOP & AGROBAAZAR)
Tarikh | : 11 Oktober 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Intenet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 7 orang |
TUJUAN
Membuat bengkel mengambil gambar produk dan memperkenalkan portal Agrobazaar & Dashboard Komuniti (Myshop) kepada komuniti setempat terutama usahawan tempatan. 7 orang usahawan terdiri dari ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan usahawan tempatan. Peserta diajar salah satu kaedah yang terbaik untuk memasarkan produk secara dalam talian iaitu dengan penggunaan portal Agrobazaar dan Dashboard Komuniti. Selain itu, peserta dapat menimba ilmu kaedah mengambil gambar produk dengan teknik yang berkesan.
AKTIVITI
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Seterusnya, peserta diberi taklimat pengenalan Agrobazar dan mempelajari kaedah membuka kedai secara maya di portal Agrobazaar. Peserta juga diberi pendedahan teknik mengambil gambar produk supaya kelihatan lebih menarik apabila dimuatnaik di dalam internet. . Jam 10.30 pagi peserta berehat sebentar menikmati minum pagi. Disamping itu, petugas PI1M membuat pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang hadir menggunakan alatan i-Health yang dibekalkan. Setelah selesai minum pagi, sesi yang ke 2 diteruskan dengan sesi penerangan Dashboard Komuniti dan cara penggunaan modul-modul yang disediakan di dashboard tersebut terutama modul Myshop dimana modul ini disediakan kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara atas talian. Disamping itu juga peserta di diajar dan digalakkan untuk memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing untuk memudahkan pemantauan produk mereka diaplikasi tersebut.