PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET
Tarikh | : 23 Disember 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 134 orang |
TUJUAN
Program 'Jom Sihat Bersama Pusat Internet' adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan melalui perkhidmatan rujukan kesihatan.
AKTIVITI
Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran pengunjung, pendaftaran peserta aktiviti dan pendaftaran keahlian Pusat Internet. Program dimulakan dengan acara Larian 1000 Langkah membabitkan 50 orang peserta. Pengunjung yang hadir juga diberi peluang untuk memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing untuk memperluaskan penggunaan aplikasi tersebut dikalangan komuntii setempat.Program diteruskan dengan Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan, Kuiz Bijak Dashboard Komuniti, Kuiz Kahoot Kesihatan, Pemeriksaan Mata dan kuiz cari perkataan kesihatan yang disertai oleh golongan pelajar dan belia. Terdapat juga aktiviti untuk usahawan di mana para usahawan diberi pendedahan penggunaan laman web MyShop di Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dalam talian.
Pada jam 1.00 petang acara kemuncak iaitu majlis penutup berlangsung dengan ucapan penutup dari Encik Ali Bin Katmo, Pengerusi JKKR Felda Bukit Damar. Sesi penyampaian hadiah berlangsung setelah tamat sesi ucapan penutup. Semua wakil agensi yang terlibat diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dan juga pemenang cabutan bertuah. Setelah tamat sesi penyampaian hadiah, sesi jamuan ringan untuk pengunjung dan tetamu kehormat juga disediakan. Program tamat jam 2.00 petang.
- Seterusnya
- Seterusnya >>