KELAS ICT - SUNTINGAN IMEJ

 

 Tarikh  : 24 November 2022
 Masa  : 2.00 petang - 5.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digita (PEDi) Felda Bukit Damar                                           
 Bilangan Peserta  : 15 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif serta mendedahkan penggunaan komputer dan internet dalam sistem pembelajaran.

AKTIVITI

Kelas bermula jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang yang terdiri dari 15 orang pelajar sekolah rendah.Kelas ICT dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak yang bertajuk 'online grooming' dan buli siber.Setelah selesai sesi KDB, peserta diperkenalkan dengan penggunaan laman web postermywall.com untuk membuat poster secara atas talian.Peserta dikehendaki mencipta poster bertemakan buli siber. Di akhir kelas, setiap peserta diberi cenderahati sebagai kenangan.

GAMBAR DISINI


 

 KELAS E-TUISYEN BULAN OKTOBER 2022

 

 Tarikh  : 15 & 16 Oktober 2022
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 7 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif.

AKTIVITI

Kelas bermula jam 10.00 pg hingga 12.00 tengahari yang terdiri dari 6 orang pelajar sekolah rendah. Pelajar menggunakan laman web Quizizz untuk menjawab soalan kuiz matapelajaran jawi dan Bahasa Melayu.

GAMBAR DISINI


 

 KELAS ICT - SENI KHAT KHAFI MENGGUNAKAN MS EXCEL

 

 Tarikh  : 11 Ogos 2022
 Masa  : 2.00 petang - 4.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 25 orang

 

TUJUAN

Meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Excel.

AKTIVITI

Kelas ICT adalah kerjasama antara PEDi Felda Bukit Damar dan juga Sek Agama Rendah Felda Bukit Damar dimana melibatkan 25 orang pelajar tahun 6. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama melibatkan 13 orang pelajar manakala sesi kedua melibatkan 12 orang pelajar. Ia bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar penggunaan MS Excel dalam kehidupan seharian. Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan fungsi setiap alatan.Kemudian peserta diperkenalkan dengan perisian Microsoft Office Excel. Peserta kelas diberi tunjuk ajar penggunaan MS Excel untuk membuat seni khat kufi serta diberi modul MS Excel (Seni Khat Kufi) sebagai latihan.

GAMBAR DISINI


 

 KELAS USAHAWAN DIGITAL (SHOPEE)

 

 Tarikh  : 01 September 2022
 Masa  : 9.00 pagi - 1.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 15 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan aplikasi shopee dalam urusan perniagaan digital.

AKTIVITI

Kelas usahawan digital bermula jam 9.00 pagi dengan dihadiri 15 orang usahawan tempatan. Peserta terdiri dari pelbagai latar belakang dan umur. Peserta didedahkan dengan pengenalan aplikasi Shopee & diberi tunjuk ajar untuk membuka kedai secara online menggunakan aplikasi Shopee. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk fotoshot produk supaya produk kelihatan lebih menarik di kedai online. Ia bertujuan mendedahkan penggunaan aplikasi Shopee untuk perniagaan atas talian.

GAMBAR DISINI


 

 LITERASI ICT BERSAMA PELAJAR PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK) - JULAI

 

 Tarikh  : 20 Julai 2022
 Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi 
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 15 orang

 

TUJUAN

Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif.

AKTIVITI

Dengan kerjasama dari pihak Pusat Literasi Keluarga (PLK) Felda Bukit Damar, PEDi telah berjaya mengadakan kelas ICT bulanan bersama pelajar PLK yang terdiri dari 15 orang pelajar. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi iaitu melibatkan pelajar berumur 3 tahun sehingga 5 tahun. Kelas bermula jam 10.00 pg hingga 11.00 pg yang terdiri dari 15 orang pelajar. Pelajar di temani oleh 2 orang guru pengiring untuk membantu petugas PEDi sepanjang program berlangsung. Pelajar diberi pendedahan penggunaan e- pembelajaran. Pelajar mengenal warna dengan mewarna secara online dan bermainan permainan 'Jigsaw Puzzle'. Antara perisian mewarna online yang dipelajari adalah Kea Coloring Book.

GAMBAR DISINI