KELAS STEM - STRUKTUR BANGUNAN
 Tarikh  : 27 Januari 2024
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 7 orang

TUJUAN

Mempelajari Komputer,Sains dan Teknikal dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan

AKTIVITI

Kelas bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang terdiri dari 7 orang kanak-kanak yang berusia lingkungan 5-6 tahun. Kelas dimulakan sesi perkenalkan diri & tayangan video Pendidikan – Didi & Friend. Pelajar diberi penerangan berkenaan penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Pelajar juga diberi tunjuk ajar untuk mewarna secara online dan bermain permainan Pendidikan di laman web DigiPuzzle. Pelajar juga mendalami ilmu STEM dengan membina struktur bangunan menggunakan lidi dan tanah liat.

 
GAMBAR DISINI 
 
 SOFTSKILLS - KELAS KEMAHIRAN ORIGAMI
 Tarikh  : 13 Januari 2024
 Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 8 orang

TUJUAN

Mempelajari kemahiran softskill pelajar

AKTIVITI

Kelas bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang terdiri dari 8 orang pelajar sekolah rendah. Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu 'oversharing' sebelum memulakan kelas. Peserta dikehendaki membuat “popup card” berdasarkan kemahiran melipat dan menggunting berpandukan laman web Youtube

 
 
 
GAMBAR DISINI 
 
 KELAS STEM - DIY ROBOTIC HAND
 Tarikh  : 9 Disember 2023
 Masa  : 3.00 petang- 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 10 orang

TUJUAN

Membina minat dan kemahiran dalam bidang STEM

 

AKTIVITI

Kelas bermula jam 3.00 ptg hingga 5.00petang yang terdiri dari 10 orang pelajar sekolah rendah. Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu ‘check your label’ sebelum memulakan kelas.Peserta dipertontonkan tayangan laman web Youtube tutorial cara melipat origami bagi membentuk roket.Peserta dikehendaki mengikut tutorial yang telah ditunjukkan.Peserta juga diberi tugasan untuk berekperimentasi dengan saiz roket dan kekuatan tiupan aingin.Diadakan juga pertandingan tiupan roket paling jauh sebagai aktiviti sampingan.Diakhir kelas, peserta menjawab kuiz online berkenaan Matapelajaran Sains. 
 
 
 
GAMBAR DISINI 
 
 KELAS ICT - MS POWERPOINT
 Tarikh  : 18 Januari 2024
 Masa  : 3.00 petang- 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar
 Bilangan Peserta  : 11 orang

TUJUAN

 

Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif

AKTIVITI

Kelas bermula jam 3.00 ptg hingga 5.00petang yang terdiri dari 11 orang pelajar sekolah rendah. Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu ‘check your label’ dan 'oversharing' sebelum memulakan kelas. Pelajar diberi tunjuk ajar menggunakan perisian MS Power Point untuk membuat pembentangan. Peserta diberi tugasan mencari contoh kata-kata motivasi di internet dan membuat pembentangan di perisian MS Power Point. Pelajar juga diajar menggunakan jenis font, warna dan saiz yang berbeza untuk membuatkan tulisan menjadi lebih menarik. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan “animation” dan “transition” di ms Power Point untuk menjadikan pembentangan lebih menarik berkenaan matapelajaran Sains.

 

 
 
 
GAMBAR DISINI 
 
PROGRAM ICT TABIKA KEMAS KG CHEMPAKA - (PENGENALAN ASAS KOMPUTER & MEWARNA ONLINE)
 Tarikh  : 9 November 2023
 Masa  : 9.00 pagi - 11.00 pagi
 Tempat  : Tabika Kemas KG Chempaka
 Bilangan Peserta  : 10 orang

TUJUAN

 

Mendedahkan pengenalan asas computer kepada pelajar Tabika KEMAS

AKTIVITI

Kelas bermula jam 9.00 pg hingga 10.00 pg yang terdiri dari 10 orang pelajar Tabika Kemas Kg. Chempaka. Kelas dimulakan sesi perkenalkan diri. Pelajar diberi penerangan berkenaan bahagian-bahagian asas computer. Pelajar juga diberikan peranti tablet untuk memahami fungsi peranti berkenaan. Pelajar diberi tugasan untuk mewarna secara online dan mengenal ‘ABC’ dengan permainan pendidikan.
 
 
 
GAMBAR DISINI