KELAS ICT - SENI KHAT KHAFI MENGGUNAKAN MS EXCEL

 

 Tarikh  : 11 Ogos 2022
 Masa  : 2.00 petang - 4.00 petang
 Tempat  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar                                          
 Bilangan Peserta  : 25 orang

 

TUJUAN

Meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian komputer Microsoft Excel.

AKTIVITI

Kelas ICT adalah kerjasama antara PEDi Felda Bukit Damar dan juga Sek Agama Rendah Felda Bukit Damar dimana melibatkan 25 orang pelajar tahun 6. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama melibatkan 13 orang pelajar manakala sesi kedua melibatkan 12 orang pelajar. Ia bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar penggunaan MS Excel dalam kehidupan seharian. Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan fungsi setiap alatan.Kemudian peserta diperkenalkan dengan perisian Microsoft Office Excel. Peserta kelas diberi tunjuk ajar penggunaan MS Excel untuk membuat seni khat kufi serta diberi modul MS Excel (Seni Khat Kufi) sebagai latihan.

GAMBAR DISINI