KAWALSELIA KENDIRI - KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh | : 22 Oktober 2018 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh |
Bilangan Peserta | : 112 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran mengenai penggunaan internet secara positif dan menjaga masa berkualiti supaya tidak lalai dengan melayari internet.
AKTIVITI
Seramai 7 orang petugas dari PI Kluster Temerloh iaitu PI Felda Bukit Damar, PI Lakum, Pi Mempateh, PI Jenderak Utara, PI Jenderak Selatan, PI Jengka 25 dan PI Rumpun Makmur bergabung untuk Sek Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Peserta berkumpul di Dewan Seminar jam 10.30 pagi untuk diberi taklimat KDB. Program tamat pada pukul 12.30 tengahari. Pelajar diberi ceramah & tayangan video untuk memberi pengetahuan mengenai cara menggunakan internet dengan betul. Juga diperkenalkan laman web Sebenarnya.my sebagai langkah bijak sebelum membuat penyebaran sesuatu berita. Selain itu terdapat juga kuiz sebagai aktiviti sampingan. Dengan adanya penjelasan mengenai klik dengan bijak diharap dapat memdidik peserta berhati-hati ketika melayari internet disamping menasihati peserta supaya dapat menguruskan masa terluang dengan melayari portal-portal pendidikan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>