Protokol terkini bagi pengurusan kontak rapat bermula 22.4.2022. Individu yang tidak bergejala tidak lagi perlu diberi Home Surveillence Order (HSO). Bagi yang bergejala, perlu lakukan RTK ag (kendiri) pada hari pertama bergejala (onset) dan hari ke tiga.
Sumber : Public Health Malaysia
Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara. Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya. Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus. Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Benarkah memakai cermin mata hitam dapat mencegah penyebaran kuman punca Conjuctivitis ?
- Memakai cermin mata hitam bagi pesakit mungkin bermanfaat untuk melindungi dari cahaya terang yang boleh menyebabkan mata bertambah sakit dan berair
- Tetapi ia TIDAK mencegah dari penyebaran kuman tersebut.
- Jika anda terpandang mata pesakit yang kemerahan, anda TIDAK akan dijangkiti.
Paling penting, jaga kebersihan. Jangan gunakan tuala yang sama untuk mengesat mata. Ia akan menjadi "sarang" bagi kuman.
Dapatkan rawatan sekiranya,
- Sakit berterusan dan semakin teruk
- Mata mula kabur dan ada selaput
Sumber : Public Health Malaysia
Jika anak anda anda penghidap penyakit astma paling penting adalah untuk memastikan TIADA SIAPA yang merokok dalam rumah dan kenderaan.
Jika bapa merokok (di luar rumah), mohon mandi dan tukar pakaian sebelum menyentuh anak. Sisa asap rokok basi yang di tinggalkan di baju, rambut adalah trigger kepada saluran pernafasan yang reaktif lalu menyebabkan penyempitan saluran pernafasan.
Sumber : Public Health Malaysia
Pada pukul 1 tengahari ke pukul 3 petang, suhu badan akan berkurangan dan terdapat peningkatan hormon melatonin. Kombinasi ini akan menyebabkan anda rasa mengantuk pada waktu tengahari dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap. Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa sepeeti Google, Nike, NASA dan Air Asia.. ada menyediakan ruang untuk pekerja mengambil "power nap". Walaubagaimanapun, individu yang alami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan tidur siang. Ini akan menyebabkan mereka bertambah susah untuk tidur pada waktu malam.
Sumber : Public Health Malaysia