Benarkah memakai cermin mata hitam dapat mencegah penyebaran kuman punca Conjuctivitis ?

  • Memakai cermin mata hitam bagi pesakit mungkin bermanfaat untuk melindungi dari cahaya terang yang boleh menyebabkan mata bertambah sakit dan berair
  • Tetapi ia TIDAK mencegah dari penyebaran kuman tersebut.
  • Jika anda terpandang mata pesakit yang kemerahan, anda TIDAK akan dijangkiti.

Paling penting, jaga kebersihan. Jangan gunakan tuala yang sama untuk mengesat mata. Ia akan menjadi "sarang" bagi kuman.
Dapatkan rawatan sekiranya,

  • Sakit berterusan dan semakin teruk
  • Mata mula kabur dan ada selaput

 

1

Sumber : Public Health Malaysia