2

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


 

Pemberian Vaksin COVID-19


1️⃣ Terima notifikasi pengambilan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera
2️⃣ Pengambilan vaksin adalah secara sukarela
3️⃣ Jenis vaksin yang akan diterima ditetapkan oleh KKM
4️⃣ Pemberian vaksin adalah percuma kepada individu 18 tahun dan ke atas
5️⃣ Anda akan menerima 2 dos vaksin COVID-19 dari jenis yang sama

 

1

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


 

104245864 2657774134512442 8161632274728246764 n

 

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda tanda gastrik adalah

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

 

Sumber : Public Health Malaysia


 

Gelisah. Tekak rasa penuh dan sukar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Makan apa pun tak hilangkan gejala ini. Sampai nak tidur pun tidak boleh.

Ini adalah gejala biasa GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang suka makan lewat malam pun sama.

Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?

Ubahlah diet anda.

Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.

1) Dada Ayam - kalau boleh panggang

2) Air Putih - air gula tak bagus untuk GERD

3) Teh Halia - Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD

4) Tembikai - buah yang kurang berasid. Jangan gatal makan oren.

5) Nasi Perang - nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.

6) Oat - sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama

7) Kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik

8. Minyak Zaitun - Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun

9) Sayur Salad - Sangat baik. Kurang angin.

10) Sayur Adas - Boleh melegakan sakit gerd sebab kurang berasid.

Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor.

 

108190671 2687980544825134 5861990156828666355 o

 

Sumber : Public Health Malaysia


 

96764714 2626965584259964 8257255539172442112 n

 

Pada waktu ini, masyarakat disarankan untuk kerap mencuci tangan. Namun ada satu masalah yang biasa berlaku apabila terlalu kerap membasuh tangan iaitu - kulit kering.

Berikut merupakan langkah pencegahan tangan kering.

1. Selepas basuh tangan, elakkan menggosok tangan dengan tuala. Hanya tekapkan tuala dengan perlahan

2. Selepas dibiarkan seketika, gunakan krim tangan. Krim tangan lebih baik berbanding losyen badan kerana ia berasaskan minyak.

3. Elakkan produk krim tangan yang berbau wangi, mengandungi retinol, serum atau bahan anti penuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan untuk menjaga kebersihan.

5. Sebelum tidur, sapu krim tangan dengan lebih tebal atau gunakan vaselin

 

Sumber : Public Health Malaysia