Sekiranya anda ada menyimpan imej visual mana mana mangsa tragedi, kemalangan, tidak perlu rakam atau mengambil selfie. Cuba bayangkan jika situasi yang sama berlaku pada anda atau keluarga? Pasti anda terkilan imej sedemikian dikongsi dan disebarkan. Jika anda menerima rakaman, cukuplah berakhir ditangan anda. Jangan jadi agen penyebar dengan berkongsi di WA status, group WA atau mana mana media sosial.
Sumber : Public Health Malaysia
Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai dan tiram dan kerang memang ada bakteria ini. Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria. Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian. Jangan makan tiram mentah dan tidak dimasak sempurna.
Sumber : Public Health Malaysia
Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa:
1) Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
2) Amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
3) Mengamalkan adab batuk yang baik; mengamalkan cara hidup sihat.
Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, sila laksanakan perkara-perkara seperti dikongsikan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tidak kira di tempat kerja, di alam maya dan kehidupan seharian, kita tidak mungkin akan terlepas dengan kritikan. Kekal bertenang, hadamkan apa kritikan yang dilontarkan.Penting untuk tidak membalas kritikan dengan terburu buru kerana dalam keadaan emosi tidak stabil, kritikan berbentuk provokasi boleh mencetuskan konflik yang tidak diingini.
Sumber : Public Health Malaysia
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam 'Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah' serta 'Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut'. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.
Sumber : Public Health Malaysia