Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius.

warga emas

Jom baca sebentar info dibawah ni. bila Kita faham Kita ambik cakna..Jaga Diri Dan Kesihatan.


 

Intro              c9b9

 

 PENGENALAN

 

Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh. Dikelilingi taman yang menghijau seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah.

Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.

Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005.Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah.Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

 

 SEJARAH HOSPITAL

 

Hospital Mentakab mula beroperasi pada tahun 1920-an iaitu sejak zaman pemerintahan British yang kemudiannya di naik taraf sebagai Hospital Daerah. Pada tahun 1970-an ia dikenali sebagai Hospital Berpakar sebelum di kembangkan menjadi Hospital Mentakab pada tahun 1990-an.

Dengan keluasan tapak 6.4 hektar (16 ekar), Hospital Mentakab mempunyai 15 blok juga merupakan hospital rujuk kepada 6 daerah. Hospital Mentakab berdiri megah di atas bukit sederhana rendah di pinggir jalan dalam menghubungkan Mentakab dan Temerloh yang sejak penubuhannya sekitar tahun 1920-an telah menjadi kebanggaan kira-kira sejuta penduduk sekitar Temerloh dan Mentakab kini mulai sepi dan suram, malah ia terpahat menjadi nostalgia mengasyikkan yang tidak mungkin pupus ditelan zaman.

Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Pada Majlis Perasmian ini juga Hospital Temerloh telah diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS).

 

 PERKHIDMATAN

 

Perkhidmatan rawatan pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, adalah khusus untuk pesakit yang mempunyai temujanji untul rawatan susulan apabila keluar dari wad. Pesakit-pesakit untuk rawatan pakar juga adalah berdasarkan rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan, klinik-klinik swasta setempat dan rujukan dari hospital daerah berhampiran. Selain itu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah juga menangani kes-kes kecemasan (kemalangan) & trauma (keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan dll) di Jabatan Kecemasan & Trauma.

Orang ramai yang tidak mempunyai temujanji atau rujukan, disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan doktor di klinik-klinik berhampiran agar rujukan ke hospital boleh dibuat. Pesakit "walk-in: tanpa temujanji tidak digalakkan. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan dan perubatan pakar. Berikut adalah perkhidmatan kepakaran yang terdapat di HoSHAS, Temerloh :-

  • Perubatan Am
  • Pembedahan Am
  • Orthopedik (Tulang)
  • Obstetrik & Ginekologi (Sakit Puan & Kelahiran)
  • Pediatrik (Kanak-kanak)
  • Anaetesiologi (Bius)
  • Oftalmologi (Mata & Penglihatan)
  • Otorinolaringologi (Telinga, Hidung, Tekak)
  • Bedah Mulut
  • Patologi (Makmal Ujian Perubatan)
  • Kecemasan & Trauma
  • Radiologi (X-Ray & Pengimejan)
  • Psikiatrik (Kesihatan Mental)

 

 

 KADAR BAYARAN

 

Pesakit Awam / Swasta

hoshas1

Warga Asing

hoshas2

 

sumber : hoshas.moh.gov.my


 

hfmd poster

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  • Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  • Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.
  • Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul
  • Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Sekian, harap maklum.


 

p1010949

 

 PENGENALAN

 

Bangunan Klinik Desa Felda Bukit Damar siap dibina pada Februari 1978. Manakala 2 buah kuarters siap dibina pada tahun 1985 dan Februari 2006. Klinik Desa ini terletak 15km dari Pekan Lanchang. Keluasan Klinik Desa Felda Bukit Damar ialah 2.85 hektar persegi. Terletak bertentangan dengan Masjid Jamek Felda Bukit Damar dan berhampiran dengan Pejabat Felda. Klinik Desa ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kesihatan asas bagi kawasan Felda. Klinik kesihatan yang terdekat ialah Klinik Kesihatan Lanchang.

Klinik Desa Felda Bukit Damar mula beroperasi pada tahun 1978. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

  • Klinik Ibu Hamil
  • Klinik Kanak-kanak
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Klinik Pesakit Luar
  p1010950     p1010932     p1010936  

 

 OBJEKTIF

 

  • Sebagai pusat perkhidmatan asas bagi penduduk kawasan Felda Bukit Damar.Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit luar.
  • Rawatan segera bagi kes-kes kemalangan dan kecemasan.
  • Kemudahan makmal bagi menjalankan ujian klinikal ringan.
  • Pemeriksaan dan rawatan bagi ibu mengandung.
  • Pemeriksaan, rawatan dan pemberian imunisasi kepada kanak-kanak.
  • Lawatan Jururawat Masyarakat kerajaan ke rumah ibu bersalin.
  • Kawalan kebersihan alam sekitar daripada penyakit berjangkit.
  • Pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat luar bandar bagi memperbaiki kesihatan melalui jawatankuasa JKKR.
  p1010946     p1010944     p1010943  

 

 AKTIVITI


1.  Perancang keluarga.
2.  Rancangan makanan dan pemakanan.
3.  Kebersihan alam sekitar.
4.  Pendidikan kesihatan bagi ibu mengandung.
5.  Program UCI untuk meningkatkan taraf imunisasi.
6.  Unit pencegahan AEDES.
7.  Mesyuarat bulanan diperingkat Klinik Kesihatan Lanchang.
8.  Program “Safe Motherhood” untuk mengawal dan menurunkan kadar kematian ibu bersalin.
9.  Rancangan kawalan penyakit berjangkit.

 

 JARAK KE KEMUDAHAN KESIHATAN YANG LAIN

 

1. Klinik Desa Felda Lakum 7 KM 
2. Klinik Desa Kampung Bolok 7 KM 
3. Klinik Kesihatan Lanchang 15 KM 
4. Klinik Desa Kuala Kaung 25 KM 
5. Klinik Kesihatan Bandar Mentakab 37 KM 
6. Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh 52 KM 
7. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh 54 KM 

 

 

 WAKTU OPERASI

 

Isnin - Khamis Jumaat  Sabtu dan Ahad
8.00 pagi - 1.00 petang 8.00 pagi - 12.30 tengahari Tutup
2.00 petang - 5.00 petang 2.45 petang - 5.00 petang kecuali bagi kes-kes kecemasan sahaja

 

No Telefon : 09-2804321