RESTORAN GOBANG MAJU IKAN PATIN TEMPOYAK TEMERLOH

 

1    4

 

PENGENALAN

Temerloh merupakan bandar ikan patin. Ikan patin memang sinonim untuk masakan asam tempoyak.Bagi merasai kelainan masakan ikan patin tempoyak & pais ikan patin bolehlah berkunjung ke Restoran Gobang Maju Patin Tempoyak. Restoran ini berkonsepkan layan diri di mana pengunjung boleh memilih sendiri makanan yang disajikan. Selain ikan patin, terdapat juga pelbagai aneka makanan atau lauk pauk serta ulam ulaman turut di sediakan.

LOKASI DAN WAKTU URUSNIAGA

Lokasi Restoran ini adalah terletak bersebelahan stesyen minyak ESSO Temerloh. Restoran ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari khamis( tutup/cuti) pada jam 12.00 tgh – 12.00 mlm. Pada hari jumaat,mula beroperasi pada pukul 2.00 ptg – 12.00 mlm.

HUBUNGI GOBANG MAJU

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi En. RIZAL selaku Pengurus Restoran Gobang Maju Patin Tempoyak di talian berikut 019-956 9696.Tagline restoran ini " Anda order kami masak panas & pedas".

Atau pengunjung bolehlah melawati Facebook restoran ini di alamat seperti berikut:

https://www.facebook.com/PatinTempoyakGobangFoodcourt

 

2    3