SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT DAMAR

 

 SMKBktDamar  
Jenis : Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Kerajaan
Kod Sekolah : CEA7068
Lokasi : Jalan Felda Bukit Damar, 28500 Lanchang, Pahang                        
No Telefon : 09-2805133
No Faks : 09-2805237

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar atau nama ringkasnya SMK Bukit Damar, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Felda Bukit Damar. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar memiliki 314 pelajar lelaki dan 240 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 554 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru. Sekolah ini dibuka pada tahun 2001 hingga kini. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung atau FELDA yang berdekatan dengan sekolah tersebut, iaitu Felda Bukit Damar.

 

 

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BAHAMAN

 

SMKDatukBahaman
Jenis : Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Kerajaan                       
Kod Sekolah : CEA7065
Lokasi : Lanchang, 28500 Lanchang, Pahang
No Telefon : 09-2803252
No Faks : 09-2803933

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman atau nama ringkasnya SMK Datuk Bahaman, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lanchang. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman memiliki 148 pelajar lelaki dan 323 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 471 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru. Sekolah Kluster Kecemerlangan dikurniakan pada tahun 2015, Sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang dan Sekolah Ketiga terbaik di daerah Temerloh.

Sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Lanchang yang melaksanakan peperiksaan awam. Sekolah ini dibina untuk mengatasi masalah pelajar dari kawasan luar bandar yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke bandar iaitu ke Mentakab dan Temerloh. Masalah pengangkutan yang mendesak menyebabkan sekolah ini dibina untuk menampung pelajar-pelajar dari kawasan sekitar yang keciciran kerana gagal hadir ke sekolah akibat kurangnya pengangkutan awam sekitar tahun 1960an.

 

 

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANCHANG

 

SMLanchang
Jenis : Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Kerajaan                       
Kod Sekolah : CEA7073
Lokasi : Lanchang, 28500 Lanchang, Pahang
No Telefon : 09-2805236
No Faks : 09-2805630

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang atau nama ringkasnya SMK Lanchang, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lanchang. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang memiliki 340 pelajar lelaki dan 326 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 666 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang adalah sekolah pertama di asia tenggara yang telah menyertai program Eco School.Sekolah tersebut juga telah menjadi sekolah lestari alam sekitar dengan kerjasama WWF.SMK Lanchang juga telah mendapat tempat kedua dalam anugerah sekolah tercantik daerah Temerloh pada tahun 2011.Sekolah ini juga sangat aktif dalam bidang kebudayaan seperti teater.Mereka telah bekerjasama dengan artis-artis terkenal seperti Dato Aziz Satar,Rosyam Nor dan Anjang Aki. Sekolah ini juga telah banyak menyertai pelbagai program seperti hoki,bola sepak,perkhemahan persatuan pengakap raja dan sebagainya. Sekolah ini telah menjadi kebanggaan kepada seluruh daerah Temerloh.