Pendidikan sangat penting kepada semua individu, tidak kira golongan muda, tua atau golongan yang kurang upaya. Peneroka di sini menghantar anak-anak ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan. Di Felda Bukit Damar juga terdapat beberapa buah sekolah, antaranya literasi, tadika, prasekolah, sekolah kanak-kanak istimewa,  Sekolah Agama Rakyat, sekolah rendah dan sekolah menengah. Anak-anak telah dihantar ke sekolah dari umur 3 tahun, di mana ianya ditempatkan di sekolah literasi. Selain itu, kanak-kanak kurang upaya juga tidak disisihkan, telah disediakan sekolah khas iaitu Sekolah Kanak-Kanak Istimewa. Golongan istimewa ini dididik dan dijaga oleh 5 orang guru yang berpengalaman. Bagi kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun pula ditempatkan di sekolah tadika dan prasekolah. Seramai 60 murid yang terdapat dikedua-dua sekolah tersebut. Sekolah agama rakyat dibuka pada sesi petang sahaja, dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Murid-murid di sekolah ini berumur 7 hingga 12 tahun. Pada sebelah pagi pula, mereka bersekolah di Sekolah Rendah (LKTP) Bukit Damar. Manakala pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Damar bukan sahaja terdiri daripada anak-anak Felda Bukit Damar, malah ada juga pelajar dari Felda Lakum, Kampung Bolok dan beberapa buah kampung berhampiran.

Antara sekolah yang terdapat di Felda Bukit Damar :

 

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT DAMAR

 

p1000230

Pengetua  : Encik Muthar Bin Ibrahim             

No Telefon : 09-2805113

Gred Sekolah  : B

Lokasi  : Luar Bandar

Bilangan Guru : 39

Bilangan Pelajar : 422

 

 

 SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT DAMAR

 

p1000240

Guru Besar : Puan Sarimah Binti Abdul Razak

No Telefon : 09-2804402

Gred Sekolah : A

Lokasi : Luar Bandar

Bilangan Guru : 28

Bilangan Pelajar : 246

 

 

 TABIKA KEMAS FELDA BUKIT DAMAR

 

TADIKA

Guru 1 : Puan Ummi Kalthom Binti Ghazali   

Guru 2 : Puan Noriza Binti Salim

Pembantu : 2

Tarikh Penubuhan : 1 Januari 1983

Bilangan Pelajar : 68 

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 12.00 tengahari     

 

 

 SEKOLAH AGAMA RAKYAT NURUL ISLAM

 

SAR  

Bilangan Guru : 5

Bilangan Pelajar : 120                                           

Tahun Minima : Tahun 1

Tahun Maksima : Tahun 6

Tahun Penubuhan : 1 Januari 1985

Waktu Operasi : 3.00 petang - 6.00 petang

 

 

 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

 

p1020034 

Pengerusi : Encik Shari Bin Mat Rawi               

Penyelia : Puan Norhalizam Binti Seman            

Bilangan Pelajar : 31

Tarikh Penubuhan : 1 Disember 1994

JKM : JKM Daerah Temerloh

Pegawai JKM : Cik Rafidah Binti Din