DATO' BAHAMAN PAHLAWAN SEMANTAN

 

1 

 

Nama sebenar Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh
Orang besar yang menentang penjajah british di semantan.
Berasal dari Bangkinag, Kampar Sumatera
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal
Diberi gelaran 'Seman Tahan'.
Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali

 

 SEJARAH PERJUANGAN DATO' BAHAMAN

 

Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta meminpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang saudara di Klang, Selangor.

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan Pangkat Tersebut, kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding dengan baginda Sultan Ahmad. Punca Utama perang semantan adalah ketidakpuasan hati orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.

Ketegangan ini bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Resident British Pahang, mengahtaui hal tersebut , Beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara ini dapat disiasat.

Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang herdap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborought datang untuk menangkapnya.

Dalam serangan tiba-tiba itu, Pihak Desborought telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh. Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, Pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

 

 

 FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN

 

Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato' Bahaman menentang sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret pemungut hasil di Daerah Temerloh, Pahang. Dato' Bahaman juga dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu Temerloh

Pembinaan Balai Polis

Selain itu, Pegawai British itu juga mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin serius dan berlaku banyak perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato' Bahaman juga menganggap tindakan British agak tidak kurang ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukan beliau agak terancam.

Perlucutan Jawatan

Pihak British memaksa Sultan Ahmad untuk melucutkan gelaran 'Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan'. Hugh Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan Dato' Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan tetapi kenyataan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah kerana Dato' Bahaman enggan mematuhi arahan British. Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British dari Pahang.

Sumber : Wikipedia.org