PROGRAM USAHAWAN SHOPEE BERSAMA FELDA
Tarikh | : 05 November 2020 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 8 orang |
TUJUAN
Memahirkan usahawan menggunakan aplikasi Shopee dalam perniagaan online.
AKTIVITI
Program bermula jam 9.00 pagi yang dihadiri 8 orang peserta terdiri daripada usahawan tempatan. Usahawan Shopee bersama Felda melibatkan 8 orang peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan Felda Bukit Damar. Program adalah usahasama antara pihak Pusat Internet dan KAF (Kami Anak Felda) untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi Shopee dalam perniagaan dalam talian. Modul yang diajar sepanjang kursus adalah pengenalan kepada aplikasi Shopee, pembukaan akaun Shopee (kedai online), strategi pemasaran dan pengurusan pemprosesan penjualan. Peserta juga diberi peluang mempelajari teknik mengambil gambar produk supaya bersesuaian dipasarkan di platform shopee. Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Mobile E-waste sebagai ilmu tambahan.