KELAS ASAS USAHAWAN BARU ONLINE - SHOPEE

 Tarikh  : 25 Julai 2020
 Masa  : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Felda Bukit Damar                                         
 Bilangan Peserta  : 6 orang

 

TUJUAN

Mendedahkan usahawan baru untuk menggunakan platform Shopee sebagai medium untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka secara atas talian.

AKTIVITI

Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari telah dihadiri oleh 6 orang peserta dimana mereka ini terdiri daripada usahawan baru yang ingin memasarkan produk mereka di Shopee. Mereka telebih dahulu diberi penerangan berkaitan dengan platform Shopee dan seterusnya diberi tunjuk ajar oleh petugas cara untuk memasarkan dan menambah produk mereka. Selain itu peserta juga diberi sedikit latihan berkaitan suntingan imej serta mengambil gambar produk mereka untuk dimuatnaik ke platform Shopee.

GAMBAR DISINI