LATIHAN KEUSAHAWANAN - MEMBUAT KAD PERNIAGAAN
Tarikh | : 18 April 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 4 orang |
TUJUAN
Mempelajari perisian MS Publisher untuk membuat penerbitan perniagaan seperti label produk dan juga kad jemputan.
AKTIVITI
Latihan diadakan selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Latihan melibatkan 4 orang peserta yang terdiri dari usahawan tempatan. Peserta diperkenalkan dengan perisian MS Publisher yang mana dapat membantu peserta latihan membuat pelbagai urusan penerbitan perniagaan. Sebagai pengenalan peserta diberi pengenalan berkenaan perisian MS Publisher dan fungsi-fungsi pada setiap tab menu yang disediakan. Kemudian peserta diberi latihan seperti membuat kad perniagaan dan juga kad jemputan. Peserta diberi kebebasan mencipta kad mengikut kreativiti masing-masing.