PROGRAM USAHAWAN BIJAK MYSHOP
Tarikh | : 16 March 2019 |
Masa | : 2.30 petang - 5.30 petang |
Tempat | : Pusat Internet Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 15 orang |
TUJUAN
Mendedahkan usahawan menggunakan internet sebagai medium mempromosikan produk. Meningkatkan mengetahuan peserta program berkenaan perniagaan dalam talian dan penggunaan dashboard komuniti.
AKTIVITI
Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang yang dihadiri oleh 15 orang peserta terdiri daripada usahawan IKS sekitar Bukit Damar. Peserta diberi penerangan berkenaan bidang perniagaan dalam talian dan teknik fotografi produk. Peserta yang membawa produk diberi kesempatan mengambil foto sambil diberi penerangan teknik fotografi supaya produk kelihatan cantik. Selain daripada itu peserta diperkenalkan dengan aplikasi MyShop sebagai salah satu platform untuk berniaga secara atas talian.