PROGRAM BACAAN YAASIN & MYHEALTH
Tarikh | : 13 Februari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 30 orang |
TUJUAN
Penyerahan hadiah Dashboard Komuniti (MyHealth) disamping memperkenalkan kemudahan terkini PI1M dan penggunaan aplikasi dashboard serta mengeratkan sillaturrahim antara petugas PI1M dan penduduk sekitar.
AKTIVITI
Program bermula jam 3.00 petang di mana pengunjung boleh mendaftar di kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh petugas PI1M. Di kaunter pendaftaran juga diadakan promosi keahlian baru PI1M bagi pengunjung yang belum menjadi ahli. Aktiviti utama dimulakan pada jam 3.15 petang dengan ucapan pembuka acara oleh petugas PI1M. Seterusnya adalah sesi bacaan yasin dan doa selamat. Setelah selesai, sesi taklimat dashboard dan penyerahan hadiah Dashboard MyHealth & MyPlace dilaksanakan oleh petugas PI1M kepada 15 orang pemenang. Jam 5.00 petang program disudahi dengan sesi jamuan ringan. Dalam masa yang sama juga, berlangsung juga sesi pemeriksaan kesihatan (MyHealth) oleh petugas PI1M.